Inilah Puncak Gunung Ararat, Turki yang dikatakan tempat bahtera Nabi Nuh berlabuh
Untuk
dijadikan cerita, pada suatu hari Unuk tiba-tiba datang ke negeri Rom
dan bertemu dengan raja di situ. Untuk memenuhi fitrahnya sebagai lelaki
yang telah akhil baligh (walaupun pemikirannya tidak matang) maka Unuk
talah mengemukakan satu permintaan terhadap sang raja, “Tuan, cubalah
carikan saya seorang gadis... tetapi awas! Jika tuan tidak dapat
memenuhi kehendak saya maka saya akan karamkan negara tuan dengan air
laut ini (tsunami)”. Bukan main terkejutnya sang raja setelah mendengar
permintaan Si Unuk itu. Fikiran raja terus mejadi kusut, di mana mungkin
beliau boleh mencari si gadis yang tubuhnya sebesar badan Si Unuk itu!
Tetapi raja tidak kehabisan akal di situ, beliau telah meminta tempoh
selama dua belas tahun daripada Unuk untuk mencari gadis tersebut dan
Unuk pun menerima permintaan sang raja tersebut.
Mulai
saat itu, sang raja memulakan usaha kerasnya demi mengumpulkan ahli
pengukir batu dari seluruh pelusuk dunia untuk membuat sebuah patung
gadis rasaksa! Ahli pengukir batu itu ditugaskan untuk memahat,
mengukir, melukis dan mewarna sebuah gunung batu menyerupai seorang
gadis jelita yang sedang berbaring. Setelah diukir siap selama 12 tahun
maka perut si gadis itu telah dikorek sehingga mempunyai ruang di
dalamnya. Di dalam perut gadis tersebut dimasukkan pula sisa-sisa daging
mentah seperti haiwan ternakan yang mati, sisa makanan dan lain-lain
daripada penduduk di situ kononnya untuk dijadikan sebagai isi perut
patung gadis tersebut. Daging-daging mentah itu telah dibawa masuk ke
dalam perut si gadis melalui liang kemaluan patung gadis tersebut.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjd7lHrmOJ7-4xU6vblxCFM3Quei790EgN1uy9sR2qnNIFpC0FSuLrjH5TXoTmZQCVsK-OM42p5dOpZnz3VPtsTviTnF9-XeyzFNw0CwhAtyOr1A3i-Eg50Dfi9nRYGkAagKStJyJgidetj/s320/BanjaranHimalaya.jpg) |
Sesetengah
pengkaji Islam percaya bahawa banjaran besar di Asia Utara inilah yang
dikatakan telah diukir menjadi sebuah patung gadis rasaksa |
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgxaGF8DW7Gc2q0-lkWWjSvq_RwAmKkmT-Nnl6cLYG_ZwNd6s_-FGjpCNK5SX_Yo2rNFE9kZWiCOkfEJS211z_s8tdpJRKDEpJpeq_HPwC24yfUDzLrdirZmIMi6_u6Z_G5y5HMMkFcX8fc/s320/Unuk.jpg) |
Gambar hiasan |
Setelah
benar-benar siap lalu dipanggilnya Unuk untuk melihat si gadis yang
dimintanya dahulu. Bukan main seronoknya hati Si Unuk setelah melihat
patung itu, cantik dan mengghairahkan! Sehelai benang pun tidak menutupi
tubuhnya. Unuk tidak dapat menahan lagi perasaan ghairahnya, lalu
dijimaknya patung itu seperti singa yang sedang lapar! Setelah puas, Si
Unuk terus berlalu pergi tanpa kembali lagi (mungkin meninggal dunia).
Menurut riwayat lagi, air mani Unuk telah bersatu dengan daging mentah
di dalam perut patung gadis tersebut lalu membusuk. Maka dengan kuasa
Allah swt (kunfayakun, jika Allah swt mengkehendakinya lalu jadilah ia)
daging yang busuk tersebut akhirnya telah berulat sebesar saiz tubuh
seorang bayi lalu menjadi kepompong, dari kepompong tersebut maka
menetaslah seorang bayi manusia yang sempurna seperti manusia biasa!
Jumlah kepompong itu teramatlah banyak sehingga tidak terkira! Wajah
mereka pula adalah bulat dan berkulit kuning dipercayai seperti wajah
orang Asia Tengah (wallahualam).
Setelah
kesemuanya menetas dari kepompong, lalu mereka berasa sangat lapar dan
dahaga lalu mereka pergi mencari makanan. Dengan melalui liang kemaluan
patung itulah merupakan pintu gua tempat mereka keluar dan masuk. Mereka
keluar dan memakan apa sahaja yang mereka temui terutama binatang
ternakan penduduk di situ. Setelah itu, pada zaman pemerintahan Iskandar
Zulkarnain, ditutuplah pintu gua itu dengan tembok besi lalu mereka
tidak dapat keluar mengganggu lagi. Pada saat kiamat hampir tiba, mereka
akan keluar setelah tembok tutupan mereka hancur di korek mereka.
Menurut hadis, ketika zaman Nabi Muhammad SAW, saiz lubang yang telah
dikorek oleh bangsa Yakjuj dan Makjuj adalah sebesar bulatan yang
berdiameter lebih kurang 3-inci! Agaknya sebesar manalah saiz bulatan
yang telah dikorek oleh mereka ketika ini? Sesetengah pengkaji Islam
telah menyatakan bahawa mereka sudah lama terbebas ke dunia luar.
Mereka adalah dari kalangan suku kaum Mongolia (Yakjuj) dan juga suku
kaum Khazar (Makjuj) di selatan Russia! (wallahualam).
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh3K5XM6oi-jebwyqrksKybYzaJQX3-HYZjiVI5yEWOWJAdr57lgWyC7kTeME2UMFGyyPqNPNh-qYlPizLFAwsV3rbMHIEAqqp_3JGAIweUR9C0lHXOgEl8EEyLs4pZGCUR5Gv1UiUZIXDI/s320/TembokBesiZulkarnain.jpg) |
Gambar rajah Tembok Besi Zulkarnain di Fergana yang kini telah pun dikorek oleh bangsa Yakjuj dan Makjuj |
Perperangan Akhir Yakjuj Dan Makjuj!
Peristiwa-Peristiwa Sebelum Kedatangan Yakjuj Dan Makjuj
Sebelum
munculnya Yakjuj dan Makjuj untuk membuat kekacauan di dunia ini,
terdapat pelbagai peristiwa aneh yang akan berlaku sebelum kedatangannya
itu. Di antara perstiwa-peristiwa tersebut adalah, keluarnya asap
dukhan yang memenuhi timur dan barat bumi (tanda kiamat yang pertama),
kemudian munculnya Imam Mahdi, munculnya si laknat Dajjal, dan turunnya
kembali Nabi Isa a.s untuk membunuh si laknat Dajjal lalu mencorakkan
kembali dunia yang telah rosak akibat dari perperangan Armageddon iaitu
perperangan di antara tentera Khilafah pimpinan Imam Mahdi dengan
tentera Freemason pimpinan si laknat Dajjal.
Setelah
Nabi Isa a.s berjaya membunuh si laknat Dajjal di pintu gerbang Kota
Lud/Lydda iaitu di Lapangan Terbang Ben Gurion di Israel. Maka
malapetaka masih lagi terus menimpa umat Islam! Kini terdapat mata-mata
yang sedang mengintai dunia melalui pergunungan-pergunungan tinggi di
wilayah utara bumi iaitu di banjaran Himalaya, banjaran Caucasus,
banjaran Tien Shan dan banjaran-banjaran lain yang berdekatan dengannya.
Musuh kali ini ternyata lebih hebat dan dasyat berbanding si terkutuk
Dajjal bersama para pengikutnya (Freemason dan Zionis) sehinggakan Nabi
Isa a.s sendiri dan seluruh kaum muslimin pun tidak mampu untuk
melawannya!
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiDAqckV7oAJPG8WFj46_MBUSCiBdo_nH1j_hGv74zYYfE7fgn8_-0VU_Tiy7HzGnZCm0sDsSv6___iyf_OBoJFXCyEt98p-q9pJ_oaZm3oOybYfQrRuz_81eCN62adgXE7HrFquggALeVo/s320/Gerbang-Lud01.jpg) |
Lapangan Terbang Ben Gurrion atau Gerbang Lud. Di sinilah tempat si laknat Dajjal akan dipancung oleh Nabi Isa kelak |
Cuba
bayangkan betapa dasyatnya malapetaka akhir zaman kelak (harap ia tidak
lagi berlaku semasa hayat kita ini). Ketika bangsa Yakjuj dan Makjuj
telah memunculkan dirinya, dunia ketika itu dikatakan baru sahaja hampir
pulih daripada kesan tanda kiamat besar yang pertama iaitu kemunculan
asap dukhan yang menyelubungi timur dan barat bumi. Asap itu dikatakan
akan mengakibatkan orang kafir (tidak berpuasa dan solat) boleh
menghidapi penyakit radang manakala orang yang beriman (yang bersolat
dan selalu berpuasa) pula hanya menghidapi penyakit selsema sahaja. Asap
dukhan itu dikatakan akan menyelubungi bumi dalam tempoh masa yang agak
lama, kemungkinan besar asap itu datangnya dari meteor yang akan
terhempas ke bumi (wallahualam).
Menurut
sumber rujukan, pada akhir zaman kelak segala kecanggihan teknologi
akan musnah sama sekali. Segalanya adalah berpunca daripada kesan asap
dukhan yang menyelubungi dunia ketika itu (tanda kiamat yang pertama)
dan orang kafir pula banyak yang akan mati akibat dari perperangan,
wabak penyakit serta kebuluran. Asap dukhan itu dipercayai akan
merosakkan segala hasil pertanian dan penternakan sedikit demi sedikit
sehinggalah menjadi kurang! Ini adalah kerana, asap dukhan itu akan
menghasilkan hujan asid yang berlarutan sehingga membawa kepada
ketandusan dunia. Lihatlah hadis di bawah ini:
“Tidak
akan datang hari kiamat sehingga hujan turun secara merata kepada
manusia tetapi bumi tidak menumbuhkan tumbuhan sama sekali” (Musnad
Ahmad 3:140)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgI3K-VtO_pwHzUXxRH2kmiFoBUmteBcH72evCXBBq8VgyyEobWbi2Qt0xiOtQNcTBD_bzVpe_6DNc1QlfeIrymTr29gQWn9mr7okcLYJqxpPnsbL_C5FItJ4YDPAk42cSCZo_K-N_FhWa_/s320/Teknologi-Musnah.jpg) |
Pada
zaman akan datang, segala kecanggihan teknologi dikatakan akan lumpuh
lalu kehidupan manusia kembali semula menjadi masyarakat di zaman dahulu
kala (zaman Rasulullah saw). |
Kenapa Yakjuj Dan Makjuj Terselamat Dari Malapetaka?
Menurut
sumber rujukan, Yakjuj dan Makjuj sebenarnya telah lama terbebas di
muka bumi ini (wallahualam). Mereka terdiri daripada suku bangsa
Scythian iaitu suku kaum di Mongolia (Xiongnu, Mongol dan Tartar) dan
juga suku kaum di wilayah selatan Russia (Khazar, Aryanomad, Hun Alan).
Mungkin orang akan tertanya-tanya iaitu kenapa pada waktu ini masyarakat
di sana tidak sedikit pun membuat kekacauan terhadap dunia? Menurut
pendapat para pengkaji Islam, Yakjuj dan Makjuj sebenarnya adalah
manusia biasa (cucu-cicit Nabi Adam) maka sudah tentu ianya tidak adil
jika Allah swt menjadikan mereka seperti haiwan tetapi di akhirat nanti
mereka akan dihukum seperti manusia lain. Jadi kesimpulannya, kehidupan
Yakjuj dan Makjuj pada masa kini adalah sama sahaja seperti kita iaitu
mempunyai pegangan agama, patuh pada undang-undang negara dan
sebagainya.
Untuk
pengatahuan semua, masyarakat Mongol dan Khazar (Yakjuj dan Makjuj)
sejak turun temurun lagi mengamalkan corak pemakanan yang amat bebas.
Mereka akan makan apa sahaja yang mereka mahu seperti ulat, anjing,
kucing, labah-labah, katak, ular, kura-kura, daun pokok, usus beruang
dan lain-lain (sumber: National Geographic). Kesan daripada corak
pemakanan bebas yang diamalkan oleh bangsa ini telah menyebabkan keadaan
mereka menjadi agak berlainan sedikit berbanding bangsa-bangsa yang
lain. Sifat mereka dikatakan agak sensitif dan tubuh badan mereka pula
jauh lebih kuat berbanding bangsa lain tetapi mudah dihinggapi penyakit.
Lihatlah
semasa wabak penyalit H1N1 dan SARS melanda dunia suatu ketika dahulu,
negara merekalah yang paling ramai terkena jangkitan! Amalan pemakanan
bebas ini telah mengakibatkan sistem keimunan tubuh mereka menjadi
sangat-sangat lemah. Selain bangsa Mongol dan Khazar, mungkin terdapat
banyak lagi bangsa lain yang mengamalkan corak pemakanan bebas contohnya
seperti masyarakat di Papua New Guinea, Vietnam, Kemboja, sesetengah
kaum di Indonesia, China dan lain-lain. Akan tetapi, pada masa akan
datang mungkin mereka akan mati akibat keracunan asap dukhan atau
mungkin Imam Mahdi telah mengislamkan mereka (wallahualam). Pernahkah
anda terfikir bagaimanakah keadaan bangsa Khazar dan Mongol (Yakjuj dan
Makjuj) apabila dilanda masalah kebuluran?
Keluarnya Yakjuj Dan Makjuj Membawa Kemusnahan Yang Dashyat!
Ketika
asap dukhan (tanda kiamat yang pertama) sedang melanda dunia,
masyarakat dikatakan akan mengalami masalah kebuluran yang amat
kriktikal tetapi mereka dapat menghadapinya dengan baik namun berbeza
pula dengan kaum Khazar dan Mongol, mereka dikatakan akan menjadi sangat
ganas dan dashyat lalu mereka mengamalkan semula cara hidup kuno mereka
iaitu Nomad Gasar seperti merompak dan membunuh! Setelah sumber makanan
mereka telah kehabisan, maka bermulalah episod huru-hara yang maha
dashyat!
Mereka dikatakan
akan berkumpul beramai-ramai lalu memanjat tembok-tembok semula jadi
ciptaan Allah swt yang merupakan banjaran-banjaran tinggi. Dari situ,
mereka akan meluru turun di dalam keadaan lapar dan dahaga terus menunju
ke Tasik Tiberia di Palestin lalu meminumnya sehingga kering.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiklUSOlqChW9S2QcnZVsrKgqrkKurtcq6rcCf9rwferXgwzKwoIg1ZyGmpzEmNYNk8Blqh-JukaMvtrelusRo059EUeuDW_oKJS23Ma8JBPQg4zXLYB-_OujmrWyid6K0spWMvuvk-eDa9/s320/Tasik-Galillee.jpg) |
Tasik Tiberia di Palestin yang dikatakan akan diminum oleh bangsa Yakjuj dan Makjuj sehingga kering |
Ketika
Yakjuj dan Makjuj sedang melakukan kemusnahan yang dashyat di muka bumi
ini seperti membaham binatang liar, binatang ternakan, manusia,
serangga, tumbuh-tumbuhan, memusnahkan bandar-bandar, meminum air
tasik/sungai sehingga kering, membuang air kecil/besar merata-rata,
penduduk di dunia dikatakan tidak mampu untuk melawan mereka. Terlalu
ramai penduduk yang telah terkorban ketika berperang dengan mereka. Kaum
muslimin ketika itu tidak lain dan tidak bukan hanyalah berkurung di
dalam rumah sahaja di samping berdoa dan bertawakal tanpa henti.
Pada
waktu itu, negara China dan India dikatakan telah pun hancur dimamah
Yakjuj dan Makjuj. Sebelum Yakjuj dan Makjuj tiba di timur tengah, Nabi
Isa mendapat laporan daripada kaum muslimin bahawa negeri mereka telah
pun dihancurkan oleh mereka. Setelah mendengar laporan itu, Nabi Isa
a.s segera memohon petunjuk dari Allah swt lalu Allah swt memerintahkan
Nabi Isa a.s supaya bersegera membawa kaum muslimin berlindung di Bukit
Tursina, Mesir. Kemudian Nabi Isa a.s memohon lagi pertolongan daripada
Allah swt agar seluruh umat Islam dilindungi dari kejahatan Yakjuj dan
Makjuj lalu Allah swt menghantar binatang merayap (iaitu sejenis virus
berbentuk ulat) untuk menyerang leher dan belakang mereka sehingglah
keseluruhan bangsa itu binasa dan mati.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhYgCqF7A86DmsFPsSaH01f9BGkv3hwzTB9RTZ9eoEY-DBjpRv7hgfykQ-y_1SWdSl-Xh6c7BHXBqTl4Fffe_GBGiSFaqWBWB7gED3Bqz3XoscA4uhJdMlPi1jdaxxfMo2WHj0wsqNGKVeC/s320/Bukit-Tursina.jpg) |
Bukit Tursina, Mesir yang dikatakan sebagai tempat persembunyian Nabi Isa dan kaum muslimin di bawah perintah Allah |
Menurut
pendapat para pengkaji Islam, binatang merayap yang dimaksudkan itu
adalah sejenis virus yang boleh berjangkit. Ia dipercayai datangnya
dari corak pemakanan bebas yang diamalkan oleh bangsa Yakjuj dan Makjuj
seperti memakan daging mentah serta minum air sungai. Untuk membersihkan
bangkai Yakjuj dan Makjuj yang bergelimpangan di sana-sini, lalu Allah
swt menghantar burung bersaiz unta untuk membawa bangkai tesebut ke
daerah yang diperintahkan-Nya. Kemudian Allah swt telah menurunkan hujan
yang amat lebat membasahi keseluruhan tempat sehingga bumi menjadi
benar-benar bersih seperti kilauan cermin (putih seperti pasir pantai).
Maka setelah itu, bumi dikatakan akan kembali menjadi subur dan
menghijau. Nabi Isa a.s pula dikatakan akan memerintah dunia selama 40
tahun sehingga aman dan makmur dan beliau sempat menjalani ibadat haji
dan umrah sebelum beliau wafat.
Segala kebenarannya hanya Allah swt sahaja yang maha mengatahui.
|
Tidak ada komentar:
Posting Komentar